Selasa, 28 Disember 2010

Adat dan Tertib Dalam Pemakanan.

• Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.
• Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.
• Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
• Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekelugaan di kalangan anak-anak.
• Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.
• Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.
• Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
• Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
• Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
• Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.
• Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.
• Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
• Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.
• Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.
• Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
• Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.
• Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.
Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.
Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Petua Pantang Larang Makan Orang Melayu

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.

2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.


Isnin, 27 Disember 2010

MEE BANDUNG

Mee Bandung

Bahan-Bahannya :
1 kg Mee kuning
400 g Sawi
250 g Udang sederhana
200 g Sotong
4 biji Kentang - rebus & blend
4 biji Tomato
½ botol Sos Cili
3 sb Sos Tomato
3 ketul Fish cake
10 tangkai Cili kering
1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
100 g Udang kering
6 cawan Air
Telur - ikut bil orang yang makan
Minyak , Garam
Daun sup & bawang goreng

Cara-Caranya :
Kuahnya (kalau boleh masak dalam periuk)
1) Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat & tumis
2) Masukkan sotong sampai separuh empuk, masukkan udang
3) Tambahkan sos cili, sos tomato, air & garam. Didihkan.
4) Lepas tu masukkan kentang blend & masak sampai mendidih.

Telurnya (dalam kuali lain)
1) Ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu.
Lastly masukkan fish cake, mee, sawi & tomato dalam periuk tadi. Hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.
Bolehlah dihidangkan utk. 4-5 org.

Sabtu, 25 Disember 2010

Memilih Bahan Masakan Yang Baik oleh PakarHowTo

Tips Bagaimana Untuk Memilih Bahan Masakan Yang Baik“.


1. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Pastikan ia tidak layu, tidak kecut, bertukar warna atau berbau busuk
  • Lebih elok pilih sayur yang berlubang dimakan serangga kerana ia menunjukkan sayur itu kurang dicemari oleh racun perosak dan bahan kimia. Jadi ia lebih sesuai dan selamat untuk dimakan.
2. Ikan
  • Pilih ikan yang mempunyai kulit yang masih bersinar dan berwarna terang. Jangan pilih ikan yang kulitnya diselaputi lendiran yang tebal.
  • Pastikan ikan yang dibeli, matanya tidak tenggelam dan warnanya masih cerah.
  • Cuba lihat insang ikan berwarna merah cerah (ikan segar). Dan bukannya insang berwarna keperang-perangan atau kering.
  • Pastinya pilih lah ikan yang tidak berbau busuk
  • Cuba picit badan ikan yang ingin dibeli. Jika isinya masih pejal dan kenyal apabila dipicit, itu menunjukkan ikan tersebut masih segar.
3. Udang
  • Pilih udang yang mempunyai kulit yang cerah dan lut sinar, bukannya kulit yang dah ada tompok-tompok hitam.
  • Cuba picit kepala udang, kalau ianya masih keras dan tidak mengeluarkan lendiran yang banyak, itu bermakna udang itu masih segar.
  • Jangan pilih udang yang sudah berbau busuk.
  • Picit badan udang dan pastikan isi udang masih pejal dan kenyal.
4. Daging
  • Pastikan daging yang dibeli masih segar dan tidak berselaput.
  • Jangan beli daging yang sudah berbau busuk.
  • Pastikan warna daging masih merah
  • Jikalau daging itu sejuk dan ada ais, bermakna ia bukanlah segar sebaliknya ia sudah di ‘frozen’ (beku) kan.
5. Ayam
  • Pilih ayam yang tidak berbau busuk dan tidak bertukar warna.
  • Cuba lihat kepada kegemukan di bahagian dada dan kelicinan kulitnya. Jangan beli ayam yang terlalu gemuk.
  • Perhatikan juga lemak-lemak ayam terutamanya di bahagian bawah kulit. Jangan beli ayam yang mempunyai lemak yang berlebihan.
  • Adalah lebih baik untuk beli ayam yang baru disembelih di pasar. Ayam yang ada dijual di pasar raya mungkin telah di ‘frozen’ terlebih dahulu. Jadi ayam yang dijual di pasar raya besar, kebanyakan tidak lagi segar.
6. Telur
  • Pastikan telur yang dibeli tidak retak atau pecah kulitnya.
  • Pastikan juga telur yang dibeli tidak diselaputi najis yang berlebihan pada kulitnya.
  • Goncang dulu telur sebelum beli. Kalau isinya mampat tiada ruangan udara yang banyak, maka itu menunjukkan telur itu masih baru.
7. Bijiran, tepung, kacang atau beras
  • Cuba lihat betul-betul, ada atau tidak serangga atau bahan-bahan tercemar lain dalam beras, bijiran atau kekacang yang ingin kita beli.
  • Pastikan juga beras, bijirin atau kekacang yang dibeli tidak bercampur dengan gred bijiran/beras/kacang/tepung yang bermutu rendah.

Membuat Kek

Jumaat, 24 Disember 2010

Nikmat Makanan di Malaysia

Mee Ketam

Mee Ketam

1. Bahan-bahannya
1 kg mee basah
2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua sos tomato ] sos cili ] secukup rasa sedikit kicap ]
1 ketul kiub ikan bilis       
3 ulas bawang merah     
3 ulas bawang putih     
serbuk sup adabi @ sup punjut
sayur-sayuran - sawi, karot, pucuk jagung, tomato buah, tauge, bunga kobis,
& kobis (option) minyak untuk menumis
2 -3 cawan air atau ikut suka, kalau nak kuah banyak tambah le air, kemudian tambah lerr bahan-bahannya sebiji telur.

2. Kaedahnya
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & bawang merah yg telah ditumbuk
3. Masukkan air dan ketam kemudian rebus sehingga mendidih
4. Masukkan serbuk sup, sos cili dan sos tomato, kicap, kiub ikan
bilis, garam dan gula secukup rasa, tomato buah
5. Rebus lagi.  Rasa kuah kalau dah ok, masukkan telur dan sayur
6. Tauge dan mee dicelur

3. Hidangan
Bubuh mee dalam mangkuk, kemudian letakkan tauge di atasnya kemudian bolehlah
dituangkan kuah panas-panas dan terus dimakan.  rasanya macam mee bandung,
tapi kuahnya sedap sebab ada ketam.

Khamis, 23 Disember 2010

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

1/2 kg ikan pari (boleh di gantikan dgn ikan lain)
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan di hiris
2 biji tomato di belah dua
4 biji kacang bendi
asam jawa secukupnya garam dan gula
minyak untuk menumis

Bahan Untuk Di Tumbuk
13 tangkai cili kering - jika suka pedas tambah lagi
9 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
sedikit belacan - boleh di bakar dulu jika suka
1-3 batang serai di titik

Caranya
1. Ikan di potong dan di bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk.  Goreng hingga wangi.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai, air asam jawa dan air secukupnya.   Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam serta sedikit gula secukup ras.  Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukan tomoto dan kacang bendi.

***Tips****
1. Selain daun kesum atau bunga kantan, letakkan beberapa helai daun kari pun boleh mewangikan masakan.
2. Menambahkan sesudu kecil halba juga boleh menambah perisa asam pedas anda.