Isnin, 28 Februari 2011

Nasi Buah-buahan Kering


Nasi Buah-buahan Kering


Bahan-bahan Nasi:
2 cawan beras panjang - bersih dan tuskan
2 cawan air rebusan tulang ayam atau lebih mengikut kesesuaian beras
5 sudu besar yogurt tanpa perasa
1 1/2 sudu besar rempah sup
Sedikit rempah tumis:-
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
1/2 cm halia - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1 sudu besar minyak dicampur 2 sudu besar minyak sapi
2 keping buah pic kering - digunting kecil
2 keping nanas kristal - digunting kecil
2 biji buah prun tanpa biji - digunting kecil
Bahan Tabur:
1 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar badam goreng yang ditumbuk kasar
1 sudu besar campuran buah prun, nanas kristal dan pic
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi hingga larut, tumis bawang besar, bawang putih serta halia hingga wangi kemudian masukkan rempah tumis.
2. Apabila telah bangkit baunya, masukkan rempah sup, kacau hingga garing. Tuangkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih. Masukkan pula yogurt, garam, daun pandan simpul bersama beras.
3. Setelah setengah masak, masukkan buah-buahan kering yang dipotong kecil, kacau rata dan biarkan hingga kering.
4. Ketika hendak menghidang, tabur bawang goreng, badam tumbuk kasar serta buah-buahan kering yang dipotong kecil.

Nasi Goreng Sotong Cili Padi

Bahan-bahan:
500gm nasi putih
200gm sotong - dibersih dan dipotong bulat
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu kecil
1-2 camt kicap cair atau kicap pekat
1 camb sos tiram
1 camb sos cili
3 biji telur
garam dan gula secukupnya
minyak

Bahan2 kisar/tumbuk:
2 biji cili merah
6-7 biji cli padi - nak lebih pedas boleh lebihkan
1cm kiub belacan
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:

  • telur digoreng secara scramble dan diketepikan
  • kemudian gorengkan pula sotong sehingga masak, angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak, tumis bawang besar dan bahan2 kisar sehingga wangi dan terbit minyak
  • bubuh kicap, sos tiram, sos cili, garam dan gula secukup rasa
  • kacau 1-2 min kemudian masukkan nasi, telur dan sotong
  • gaul rata kemudian angkat dan hidangkan
note: kalau nak letak sayur pun boleh ikut selera masing2

Ahad, 27 Februari 2011

Mee Goreng


 

MEE GORENG 

Bahan-bahan 

* mee kuning 
* 4 ulas bawang putih 
* 2 ulas bawang merah 
* cili boh @ cili mesin sendiri 
* garam 
* gula,kicap hitam, 
* tauge - jika suka 
* daun kuchai - jika suka 
* fishball,udang,daging yang sudah siap direbus sampai empuk 
* sedikit cili sos 
* 1 biji telur 

Cara-cara 

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah,sehingga nampak agak garing 
2. Masukkan daging,fishball,udang..cili sos dan cili boh..boleh ditambah kan dengan sedikit air. 
3.Tambahkan gula dan perasa..kalau rasa nak masin boleh taruk kicap cair ..sedikit saja. 
4. Last..taruk tauge dan daun kuchai....kacau kacau dan balik balikkan mee. 
5. Pecahkan telur dan gaul sebati. 
6. Ok...hiaskan dgn daun bawang dan dah sedia untuk dimakan..
  

Resepi Laksa Sanglang

Resepi Laksa Sanglang


Bahan-bahan A - dikisar

Cili kering – 20 tangkai
Cili Padi – 10 biji
Belacan
Bawang Putih / Bawang Merah

Bahan-bahan B


Ikan Sardin/Ikan Kembong - dikisar
Daun kesum
Bunga Kantan
Laksa
Asam keping

Bahan-bahan utk hiasan
Timun
Bawang besar
Telur rebus
Daun selom
Limau nipis

Cara-cara membuatnya:


Masukkan bahan2 kisar A, masak sehingga berbau wangi dan betul2 masak.
Masukkan bahan2 B, isi ikan.
Masukkan air tulang ikan yg telah dikisar dan sedikit air.
Kemudian masukkan daun kesum n bunga kantan
Letak sedikit garam dan serbuk perasa.

Sabtu, 26 Februari 2011

Martabak Jala

Murtabak jala



Bahan-bahan roti jala:
300 g tepung gandum
50 g santan serbuk
2 cawan air
1 biji telur
sedikit perwarna kuning
secubit garam

Bahan-bahan inti murtabak:
300 g daging yg direbus
2 biji bawang besar
4 biji telur
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan2 roti jala dan digaul rata. Masukkan bancuhan tepung ke dalam food mixer dan blend utk mendapatan bancuhan yg rata.
2. Bahan2 inti murtabak disatukan.
3. Panaskan kuali dgn menggunakan api sederhana dan griskan minyak.
4. Gunakan acuan roti jala dan mulalah menjala.
5. Letakkan inti murtabak ke atas roti jala(jgn terlalu byk) dan lipat seperti membuat murtabak.(dilakukan di atas kuali)
6. Masak sehingga inti murtabak betul2 masak.

Hidangan:
4 orang

Bahan-bahan boleh didapati:
Di kedai yang menjual daging halal dan kedai runcit berhampiran.

Sup Udang Herba

BAHAN-BAHAN

300gm udang sederhana
200gm cendawan segar
150gm sotong - dihiris dan dikelar
150gm putik jagung - dibelah 2
100 gm cendawan butang
1.5 liter air
1 bungkus suhun
4 sudu makan minyak masak
1 sudu makan serbuk lada
2 sudu kecil stok ikan bilis
1 tangkai daun bawang - dihiris
Garam secukup rasa

BAHAN (A) UNTUK DIKISAR
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 sm halia
3 batang serai

CARA MEMBUAT

1. Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan A sehingga kekuningan
2. Masukkan sotong, udang dan air. 
Apabila mendidih masukkan serbuk lada sulah, stok ikan bilis dan garam.
Kacau rata
3. Kemudian, masukkan semua cendawan, suhun dan putik jagung
4. Apabila mendidih, taburkan daun bawang. Tutupkan api

Jumaat, 25 Februari 2011

Resepi Bihun Sup Utara

Resepi Bihun Sup Utara


Bahan-Bahan: 

600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya: 

Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm.
Bersihkan tulang dan rebus bersama garam.
Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi.
Masak selama 1 jam.

Celur bihun dan ketepikan.
Celur tauge dan lobak masin.Ketepikan.
Mayang bawang merah dan goreng.
Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis.
Goreng kacang tanah tanpa minyak.
Tumbuk atau mesin hingga halus.
Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin.
Masukkan garam dan gula.
Angkat dan ketepikan.
Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang.
Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge.
Tuangkan kuah ke atas bihun.
Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis.
Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.

Kerabu Perut Dgn Mangga

Kerabu Perut Dgn Mangga 

Bahan 
250 gm perut 
2 biji mangga muda - racik/potong tipis 
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar 
(boleh guna kelapa kering utk kuih-campurkan kelapa dgn sedikit air panas...anggaran kelapa cukup basah,kacau dan panaskan 1-2 minit dlm microvawe (high).keluarkan dan kacau.....dah jadi spt kelapa muda. then boleh goreng 
1/3 labu bawang besar-potong 
2 biji cili merah/hijau dibuang biji dan potong tipis 
2 biji tomato-potong 
garam dan gula secukup rasa. 
***cuka atau limau tak payah sbb mangga dah masam 
**boleh guna kelapa kering utk kuih -campurkan kelapa dgn sedikit air panas...anggaran kelapa cukup basah,kacau dan panaskan 1-2 minit dlm microvawe (high).keluarkan dan kacau.....dah jadi spt kelapa muda. then boleh goreng 

Cara-cara 
1.Perut bersih , potong dan rebus dgn sikit garam sampai empuk 
2.Campurkan semua bahan .

Khamis, 24 Februari 2011

Biskut Kacang

BISKUT KACANG








Resipi :500 gram terigu
250 gram kacang tanah goreng tumbuk halus
200 ml minyak masak
150 gram gula halusCara membuat :
Campurkan bahan-bahan diatas
Tipiskan adonan dan gunakan acuan mengikut suka
Bakar pada suhu 150 C lebih kurang 15 menit.

Biskut Arab

Biskut Arab 


Bahan-Bahan:
500 gm tepung gandum
250 gm gula halus
250 gm minyak sapi
Cara:
Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.

Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.

Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.

Kemudian digolekkan di atas gula halus.

Biskut Kacang Tanah

Biskut Kacang Tanah (I) 



Bahan-Bahan:
125 gm tepung gandum
Secubit garam
60 gm marjerin
45 gm gula halus
1 biji kuning telur
2 sudu air sejuk
½ sudu esen vanila
30 gm kacang goreng
(dibuang kulitnya & ditumbuk sederhana halus)
Cara:
Sediakan dulang pembakar & ketuhar.
Griskan dua dulang pembakar. Aturkan tetingkat & panaskan ketuhar hingga 180'c. Sediakan biskut. Remaskan marjerin dengan tepung perlahan-lahan dalam mangkuk adunan. Masukkan gula, kacang tanah lebih halus & gaul rata-rata. Masukkan adunan kuning telur ke dalam campuran tepung. Gaulkan cepat hingga menjadi doh yang pejal. Uli doh perlahan-lahan di atas papan canai yang telah ditabur tepung. Canai pastri setebal 1/8 inci & potong mengikut bentuk yang dikehendaki atau perap bulat yang bersegi. Alihkan biskut ke dalam dulang pembakar. Sapukan permukaan biskut dengan putih telur & taburkan kacang yang kasar di atasnya. Bakar selama 20 minit dengan api yang sederhana atau hingga kuning. Sejukkan & hidangkan dalam pinggan kek atau simpan dalam tin yang kedap udara.
Cadangan Hidangan:

Siakap Goreng Mentega

Resepi Siakap Goreng Mentega

BAHAN A:

1. 1 ekor ikan siakap (anggaran berat 650 gram)

2. 1/2 mangkuk kecil tepung ubi

3. 1 mangkuk minyak untuk menggoreng

BAHAN B:

1. 3 biji telur kuning

Bahan C:

2. 1 mangkuk kecil mentega

Bahan D:

3. 5 ulas bawang putih dihiris

4. 1/2 mangkuk helaian daun kari (anggaran 12 helai)

5. 2 sudu teh gula

6. 1/2 sudu teh serbuk perasa

7. 10 biji cili padi

Cara memasak:

Ambil bahan A dan ikan dicuci hingga bersih, belah tengah kepada dua bahagian. Ambil bahagian isi dan potong dadu. Asingkan baki bahagian kepala hingga ke ekor. Lumurkan keseluruhan isi ikan dengan tepung ubi hingga rata. Masukkan minyak dan biarkan sehingga panas, barulah menggoreng. Selepas garing, keluarkan daripada kuali dan toskan.

Kecilkan api, masukkan mentega (bahan C) dan kacau dengan minyak menggoreng sehingga naik aroma. Ambil bahan B iaitu kuning telur yang dipukul rata dan masukkan ke dalam kuali melalui kaedah seperti membuat teh tarik.

Kemudian ambil bahagian D, dan gaulkan sekali dalam kuali. Apabila sekata, angkat dan sira semua bahan menggoreng tadi ke atas ikan bersama minyak mentega. Hiaskan mengikut kesesuaian dan sedia untuk dihidang.

Rabu, 23 Februari 2011

Apam Madu

Apam Madu



Bahan-Bahan:
1 cawan gula
2 cawan tepung
4 biji telur
½ cawan minyak mazola 
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil baking powder
1 cawan air
½ sudu kecil esen vanila
½ cawan koko 
Cara:
1. masukkan semua bahan ke dalam besen dan gaulkan.
2. gaul sampai halus
3. kukus sehingga masak
Cadangan Hidangan:
jika hendak bahagian atas apaam kilat,apabila apam sudah masak, buka penutup pengukus dan kukus sebentar dengan ini, bahagian atas apam akan berkilat
Tambahan:
serbuk koko tidak perlu diletakkn terlalu banyak kerana ia akan pahit

Kek Coklat

Resepi Sup Tulang Kambing

BAHAN:
  • 500 g Iga kambing dan tulang (berisi sumsum)
  • 2 L air
  • 2 sdm minyak, untuk menumis
  • 1 buah bawang bombay, iris tipis
  • 3 siung bawang putih, memarkan
  • 2 sdt merica bubuk
  • 2 sdt garam
  • 4 cm jahe
  • 8 cm kulit kayu manis
  • ¼ butir pala
  • 200 g wortel, potong bulat 1 cm
  • 100 g kapri, siangi
  • 2 buah tomat merah, potong kasar
Pelengkap:
  • Emping
  • Bawang merah goring
  • Daun bawang iris tipis

CARA MEMBUAT: 
1         Panaskan minyak, tumis bawang bombay dan bawang putih hingga layu. Masukkan tulang   dan iga kambing. Aduk rata hingga berubah warna.
2         Tuangi air serta semua rempah. Masak hingga daging pada tulang empuk.
3         Masukkan wortel, masak hingga empuk.
4         Taburi garam dan merica bubuk, aduk rata. Tambahkan kapri dan tomat merah, masak hingga tomat agak layu. Angkat.
5         Sajikan segera bersama pelengkap.


Sup Tulang

Selasa, 22 Februari 2011

Nasi Kerabu

Roti Canai

Ikan Keli Masak Berlada


Bahan-bahan:
  1. 3 ekor Ikan keli digoreng terlebih dahulu
  2. 3 biji bawang merah dihiris
  3. 2 biji bawang putih dihiris
  4. 1 batang serai
  5. 10 biji cili padi
  6. 5 biji bawang merah
  7. 1 inci halia dan kunyit
  8. Sebiji limau nipis (diperah dan diambil jusnya)
  9. Minyak masak
  10. Garam & gula secukup rasa
Cara memasak:
  1. Tumbuk serai diikuti cili padi, halia, kunyit,bawang merah dan sedikit garam
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih,
  3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi, gula dan air asam limau nipis.
  4. Goreng sehingga kuning keemasan dan masukkan ikan keli yang telah digoreng.
Sesuai dihidang bersama nasi putih ketika makan tengahari atau malam.

Roti Gulung Daging

ROTI GULUNG DAGING

Bahan-bahannya :
300 grm tepung roti
1 sudu teh garam secukup rasa 2 sudu besar gula halus
50 grm mentega
1 sudu teh pelebut roti
1 sudu besar ragi segera
75-80 ml susu fresh hangat
1 biji telur dipukul
1 kuning telur utk disapu
Sedikit minyak

Bahan Inti
200 gram daging kusar
400 ml santan pekat
1-2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit, mayang halus
2 sudu besar kerisik
Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar :
4 biji bawang merah
½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 inci halis
1 inci kunyit hidup

Cara Membuatnya :
1. Gaul ramas tepung, garam, gula, mentega dan pelembut roti hingga rata. Masukkan ragi, susu, telur dan ulis hingga jadi doh lembut
2. Sapukan sedikit minyak pada permukaan mangku dan masukkan doh, tutup dengan tuala lembab dan biarkan naik sekali ganda
3. Buat inti. Masukkan semua bahan kisar, daging, pati santan, bahan-bahan lain dan masak hingga kering. Keluarkan asam gelugur. Sejukkan.
4. Canai doh selebar 22.5 cm x 30 cm. Ratakan inti dan gulung kemas. Gelekkan gulungan hingga jadi 40 cm panjang,
5. Cantumkan kedua-dua hujung. Gunting sekeliling tapi jangan putus.Kuakkan bahagian yg digunting tadi
6. Tutup roti ni dengan tuala lembab dan biarkan naik lagi sekali lagi. Sapu kuning telur dan bakar selama 25-30 minit pada suhu 200C hingga kekuningan.

Mihun Goreng

MIHUN GORENG



MIHUN GORENG

Bahan-Bahan:

mihun [rendamkan lembut dan toskan]
udang basah
daun kuchai [potong pendek]
tauge
minyak
sedikit kicap
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
garam

bahan tumbuk :

bawang merah
bawang putih

CARA:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukan udang dan kacau rata.
3. Bila udang nampak masak masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato ,sedikit garam dan sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan daun kuchai dan kacau rata sehingga sebati.
5. Masukkan mihun dan masukkan tauge.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan.
7. Bila menghidang, taburkan mihun dgn telur goreng dan daun bawang. 

Isnin, 21 Februari 2011

Laksa Lebih Puteh


Laksa lebih putih

PDF Print E-mail
BAHAN:
Asam keping
Semangkuk air

CARA-CARA:
1. Mula-mula, rendam dahulu laksa bersama asam keping di dalam air.

2. Biarkan semalaman.

3. Keesokan harinya, bolehlah anda rebuskan laksa tersebut seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA!