Jumaat, 18 Februari 2011

Wajik Durian ( Pulut Kacau )

Resipi...WAJIK DURIAN

Bahan-bahannya
1 kg pulut
100 gram gula pasir
1 1/2 kg gula melaka
1 cawan isi durian
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan
750 gram santan pekat (santan dalam kampit plastik)
sedikit garam

Cara-caranya
Cuci bersih pulut dan rendam semalaman. Pada keesokkan hari, pulut ini hendaklah dikukus sehingga masak. Sementara itu masak gula melaka, gula pasir, garam, daun pandan dengan 1 1/2 cawan air, sehingga gulanya larut. Kemudian tapis. Masukkan santan kedalam gula ini dan masaklah sehingga pekat dan bertali. Masukkan isi durian, kacau rata dan masak lagi sebentar. Setelah itu baru dimasukkan pulut. Kacau dan masak lagi sehingga adunannya tidak melekat pada kayu pengacau.

Panduan: Jika hendak membuat WAJIK biasa tanpa durian, tambah gula pasirnya 100 gram lagi menjadi 200 gram. Wajik enak sekali jika dibungkus dalam daun pisang atau upeh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan