Isnin, 21 Februari 2011

Nasi-Nasi Terengganu

NASI-NASI TERENGGANU

Resepi Istimewa 
[color=Blue]Nasi Lemak Kukus Terengganu[/color]


Bahan-bahanya.

1/2 kg  beras siam (rendam 1 jam)
1/2 kg santan pekat (campurkan 1 gelas air & garam kasar 1 sudu)
2 sudu teh halba 
1" halia (hiris nipis)
2 ulas bawang merah (mayang)
2 helai daun pandan (dipotong 4)

Caranya;

1. Beras dikukus hingga masak
2. selepas 1/2 masak masukkan ke dalam besen untuk di gaul (stir) dengan 2 cawan air sejuk @ 
    santan kemancar (cair) biarkan sekejap sehingga nasi tersebut kembang, selepas nasi agak2 
    kembang kukus sekali lagi.
3. Selepas nasi masak gaul sekali lagi dengan santan pekat tadi dan campur sedikit 1 sudu gula 
    dan kukus sekali lagi bersama-sama daun pandan tadi. setelah masak. angkat.

[color=Blue]Lauk (Kuah Ikan)[/color]

1 ekor ikan tongkol (dikukus)
6 ulas bawang merah }
2 biji bawang besar }      -   di blender
1" halia                  }
4 ulas bawang putih }
cili boh / cili kering diblend ] agak-agak kalau mau pedas
1" manisan (gula melaka), gula, garam secukup rasa

[color=Blue]Caranya :[/color]

1. Tumis bahan-bahan blend tadi sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga naik minyak.
3. Masukkan garam, manisan, dan gula
4. masukkan sedikit air  akhir sekali ;
5. masukkan ikan dan rasa lah hasilnya

selamat mencuba.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan