Jumaat, 18 Februari 2011

Khasiat Peria





1. Pucuk daun peria boleh dijadikan ulam tetapi bijinya yang manis (boleh dimakan) dipercayai boleh menyebabkan muntah dan sakit perut.
2. Herba menjalar dengan batang lembut menjalar melilit sulur paut mempunyai ketinggian sehingga 5 meter.
3. Mempunyai akar tunjang dan akar sisi berserabut yang menjalar.
4. Daun berwarna hijau berselang seli dengan lebar antara 4 hingga 12 sentimeter
5.Tumbuhan ini mempunyai bunga berwarna kuning dan menghasilkan bunga jantan serta betina yang berasingan.
6.Buahnya menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah, mempunyai bentuk memanjang (17 hingga 23 sm) dengan berat antara 300 hingga 600 gram sebiji.
PETUA:
Merawat Diabetes -
Minum perahan empat atau lima biji peria setiap pagi. Bijinya dicampur ke dalam makanan dan ia juga boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.
Buasir -
Campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama kira-kira sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir.
Darah Kotor (bisul, kudis buta dan gatal) -
Campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Amalkan meminum sedikit demi sedikit selama empat hingga enam bulan.
Ketagihan Alkohol -
Minum air daun peria dan ia juga dipercayai boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan