Sabtu, 12 Februari 2011

TIP MASAKAN

TIP-TIP MASAKAN: MEMBELI DAN MENYIMPAN AYAM.

Posted by: Mohammad Roslan 

Apabila beli ayam segar di pasar atau pasar raya tentukan ayam yang anda beli perlu kulitnya berkeadaan lembab dan dagingnya berwarna pink cerah dan bebas dari sebarang tanda-tanda luka lebam kebiruan. Ayam sebenarnya mempunyai kelas-kelas mengikut berat badan ayam tersebut. Di pasar, peniaga ayam yang inginkan keuntungan, akan campur adukan kelas-kelas ayam ini seperti sama. Perkara begini adalah kebiasaan di pasar,  seperti sotong atau udang yang punyai harga tertentu mengikut size.  Ayam yang kelas “A” adalah biasanya beratnya 1.8kg ke atas. Ayam kelas “B” pula beratnya 1.8kg – 1.5kg dan Ayam kelas “C” pulak 1.5 kg kebawah. Dalam masakn lauk ayam Nasi Kandar ayam yang beratnya 1.8kg – 1.6 kg amat sesuai. Memotong daging ayam pulak perlu ada kemahiran. Daging ayam untuk lauk Nasi Kandar biasanya dipotong 10 bahagian. Ayam masakan Melayu pula dipotong 12 bahagian. Ada juga daging ayam dipotong 16 bahagian atau potong racik Tom Yam. Bahagian ayam tidak galakan memotong ketulan kecil kerana tulangnya yang tajam akan taburan dan ia juga amat bahaya untuk kanak-kanak. Potongan ayam terbaik untuk keluarga ialah potong 12 bahagian ayam yang beratnya 1.6 kg – 1.5kg.
Sekiranya anda membeli ayam sejuk beku(frozen) untuk simpanan, tentukan ayam tersebut dibungkus rapi dan tiada bahagian ayam itu telah lembut dan cair dari pembekuan. Sekiranya terdapat ayam sejuk beku telah dilembutkan  atau cairkan. JANGAN SEKALI-KALI SIMPAN KEMBALI DALAM PETI SEJUK UNTUK MEMBEKUKAN KEMBALI.  Proses dari beku kepada cair dan bekukan kembali akan mengalakan pembiakan bakteria yang bahaya dalam daging ayam. Beli jumlah ayam yang hanya perlukan untuk masak. Jangan simpan ayam sejuk beku yang dibeli di pasar raya dalam keadaan lembut atau cair.  Sekiranya ingin  membeli untuk simpan, beli yang sedia telah dibekukan. Ayam yang segar perlu masak selepas 12 jam di sembelih dan dibersihkan. Air dan darah ayam tidak boleh kontiminasi pada bahan makanan yang berada dalam peti sejuk anda. Ayam segar sekiranya disimpan dalam peti sejuk perlu digunakan dalam tempoh dua hari saja. Ayam sejuk beku boleh digunakan dalam tempuh 8-12 bulan mengikut tempuh tertera dalam bungkusan. Semasa proses sejuk bekukan ayam, tentukan udara perlu dikeluarkan dari bungkusan plastik sebelum diikat kemas dan simpan dalam Freezer.
Sebelum masak, Ayam sejuk beku (frozen chicken) yang berada dalam simpanan peti sejuk perlu di cairkan (thaw) dalam bahagian dingin peti sejuk.  Ketulan ayam boleh dicairkan melalui proses microwave. Tetapi jangan sekali cairkan keseluruhan ayam (whole chicken) dalam microwave. Sekiranya Ayam berat 1.5kg masa cairan adalah 15 jam dan sekiranya 2 kg masa cairan (defrost) ialah 17 jam. Jangan cairkan ayam beku pada suhu bilik (Room Temperature)  ia itu membiarkan cair didalam sinki atau pun didapur. Kecairan (deforosting) perlu dilakukan didalam peti sejuk bahagian dingin (refrigerator). Bacteria seperti salmonella akan menjadi sangat aktif apabila tiba-tiba suhu kepanasan berubah tinggi. Perlu ingat disini ayam sejuk beku perlu dicairkan dengan sempurna bila mula memasaknya. Suhu simpanan ayam bagi bilik sejuk (cold room) ialah -15 darjah Celcius, Ikan -18 darjah celsius, Daging segar -5 darjah celcius.  Sayuran dedaun +5 darjah celsius. Kepada Katerer yang punyai bilik sejuk beri tumpuan pada suhu dibilek sejuk anda.
Pada kebelakangan ini ramai yang pentingkan makanan kesihatan (Healthy Food) memileh ayam organik sebagai pilihan.  Ayam organik selalunya membawa label tersendiri.  Adakah ia betul-betul ayam oraganik atau cuma gimik dalam strategi pemasaran terpulang kepada pengguna, kerana di negara kita tidak badan yang tertentu mengawal semua produk makanan organik dan beri pengiktiraran kepada produk organik seperti di negara barat yang maju. Ayam organik ini diternak mengikut keadaan semula jadi dan penting ialah makanan ayam organik adalah bahan organik yang terdiri dari seperti soya bean, Jagung dan lain-lain bijirin yang tanam dengan tanpa baja kimia, racun serangga atau pun lain bahan kimia yang boleh mudaratkan kesihatan manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan