Khamis, 24 Februari 2011

Siakap Goreng Mentega

Resepi Siakap Goreng Mentega

BAHAN A:

1. 1 ekor ikan siakap (anggaran berat 650 gram)

2. 1/2 mangkuk kecil tepung ubi

3. 1 mangkuk minyak untuk menggoreng

BAHAN B:

1. 3 biji telur kuning

Bahan C:

2. 1 mangkuk kecil mentega

Bahan D:

3. 5 ulas bawang putih dihiris

4. 1/2 mangkuk helaian daun kari (anggaran 12 helai)

5. 2 sudu teh gula

6. 1/2 sudu teh serbuk perasa

7. 10 biji cili padi

Cara memasak:

Ambil bahan A dan ikan dicuci hingga bersih, belah tengah kepada dua bahagian. Ambil bahagian isi dan potong dadu. Asingkan baki bahagian kepala hingga ke ekor. Lumurkan keseluruhan isi ikan dengan tepung ubi hingga rata. Masukkan minyak dan biarkan sehingga panas, barulah menggoreng. Selepas garing, keluarkan daripada kuali dan toskan.

Kecilkan api, masukkan mentega (bahan C) dan kacau dengan minyak menggoreng sehingga naik aroma. Ambil bahan B iaitu kuning telur yang dipukul rata dan masukkan ke dalam kuali melalui kaedah seperti membuat teh tarik.

Kemudian ambil bahagian D, dan gaulkan sekali dalam kuali. Apabila sekata, angkat dan sira semua bahan menggoreng tadi ke atas ikan bersama minyak mentega. Hiaskan mengikut kesesuaian dan sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan