Khamis, 3 Februari 2011

Puding Roti Kukus

Bahan-bahannya
1 1/2 bantal roti Gardenia
1 tin susu cair
6 biji telur 
1 cawan gula 
1 1/2 cawan gula digoreng (buat gula hangus dengan api kecil)
1 sudu teh esen vanilla
segenggam kismis
segenggam kacang hirisan kacang badam, digoreng

Cara-caranya
Sapu loyang dengan sedikit mentega. Gula yang telah dihanguskan, dituang dalam loyang. Roti direndam dengan air panas dan kemudian ditoskan. Pukul telur dengan 1 cawan gula, masukkan susu cair dan esen vanilla. Masukkan roti yang telah ditoskan tadi. Biarkan ia serap seketika. Susun roti dalam loyang yang telah dituang gula hangus tadi diselang seli dengan kismis dan kacang badam. Kukus roti selama 15 - 25 minit sehingga masak. Hidangkan sejuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan