Isnin, 30 Jun 2014

Betapa berkhasiatnya Kacang Buncis

Posted: 28 Jun 2014 10:00 PM PDT


Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekeluarga dengannya.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.
Berdasarkan penelitian, di dalam buncis terkandung zat b-sitosterol dan stigmasterol yang mampu meningkatkan produksi insulin. Insulin sendiri adalah hormon yang dihasilkan secara alamiah oleh pankreas dan berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Apabila pankreas hanya mampu menghasilkan sedikit insulin (atau tidak sama sekali) maka seseorang akan terkena penyakit diabetes mellitus. Dengan demikian, dengan mengkonsumsi buncis, kita juga akan terhindar dari penyakit kencing manis tersebut.
Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
Komposisi  dalam sayuran buncis antara lain: alkaloid, flavonoida, saponin, triterpenoida, steroida, stigmasterin, trigonelin, arginin, asam amino, asparagin, kholina, tanin, fasin (toksalbumin), zat pati, vitamin, dan mineral.
 cikgumawarmerah.blogspot.

Khamis, 12 Jun 2014

GULAI UDANG DAN REBUNG


Posted: 09 Jun 2014 10:30 PM PDT
Assalamualaikum,

Suka atau tidak makan rebung?Hari ni saya ingin berkongsi resepi gulai udang dan rebung ala utara. Ada yang masak resepi ni dengan mencampurkan daging tetel, daging segar tanpa lemak atau tulang lembu. Hari ni saya campurkan dengan udang. Seperti biasa, walaupun cara masakannya sama saja...saya merujuk jumlah bahan-bahannya kepada yang lebih pakar iaitu chef hanieliza dari resepinya gulai rebung dan daging, untuk panduan adik-adik yang baru belajar mencuba resepi ini.

Jom kita lihat resepi :)

GULAI UDANG DAN REBUNG


Bahan-bahan
500 gm rebung hutan kecil - di rebus dan buang rebusan
200 gm udang segar
3 cawan santan 
1 s/b kerisik 
2 keping asam gelugur
3 sudu minyak masak 
garam
1 kiub ikan bilis (saya tambah)

Bahan Tumis
3 sudu besar rempah kari daging 
3 ulas bawang merah  - di tumbuk 
2 ulas bawang putih -di tumbuk
2 cm halia -di tumbuk
1 cm kulit kayu manis
daun kari

Cara
1. Rebung dipotong pendek dan basuh. Rebuskan sehingga agak lembut. Toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

3. Masukkan santan dan rebung dan masak sehingga mendidih.

4. Masukkan garam, kiub pati ikan bilis, asam keping dan udang.
  

5. Perlahan api. Masak sehingga agak pekat dan naik minyak.

5. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.