Rabu, 14 Disember 2011

Cara Membuat Teh Gelas & Aneka Minuman Kemasan denan Mesin Cup Sealer.

Fakta Tentang Jantung.

INI adalah antara fakta-fakta menarik tentang jantung kita. Mungkin ada yang sudah anda ketahui dan ada yang belum. Pemahaman tentang jantung yang lebih baik, akan membuat seseorang lebih berhati-hati menjaga jantungnya. Sekadar perkongsian untuk menambah pengetahuan bersama saja. Fakta Fakta Menarik Tentang Jantung Anda!
Fakta Fakta Menarik Tentang Jantung Anda!
1. Jantung merupakan pam berotot yang terletak di bahagian tengah ruang dada dan berperanan mengepam darah ke seluruh tubuh.
2. Dianggarkan jantung berdegup lebih kurang 3 billion kali bagi sepanjang hidup seseorang dan ia tidak pernah berehat semenjak mula berfungsi ketika janin berumur 1 bulan di dalam kandungan ibu lagi.
3. Fungsi utama jantung ialah membawa darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien ke setiap sel di dalam tubuh badan sekaligus membawa sisa metabolisma untuk disingkirkan.
4. Kegagalan jantung berfungsi membawa padah terhadap kesihatan bahkan ianya boleh membawa maut.
5. Antara faktor yang boleh menjejaskan kesihatan jantung seperti gaya hidup moden yang tidak sihat dan aktif, pemakanan tidak seimbang, tekanan fizikal dan mental, dan sejarah perubatan keluarga.
6. Kecuaian mengawal faktor-faktor di atas boleh menyebabkan masalah jantung seperti penyakit koronari arteri, tekanan darah tinggi, hiperkolesterol, arterioskklerosis, aterosklerosis, serangan jantung dan juga strok.
7. Sejak lebih 20 tahun kebelakangan ini, penyakit berkaitan jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia tanpa mengira jantina, kaum dan umur.
8. Perubahan dalam gaya hidup merangkumi pergaulan, pemakanan, cara menerima teguran dan pemikiran bukanlah suatu perkara mudah bagi semua orang tetapi anda mempunyai pilihan untuk menentukan yang terbaik bagi jantung anda!
Rujukan: Merck Manual of Medical Information.