Ahad, 13 Februari 2011

Kari Ikan Talang Masin

Kari Ikan Talang Masin
BAHAN-BAHAN:
1. Tulang Ikan Masin Talang 1/2 Kg atau 8 keping yang telah dipotong mengikut saiz yang anda  kehendaki. Tulang Ikan Kering ini perlu direndamkan di dalam air selama 1 hingga 2 jam unuk keluarkan garam yang berlebihan yang terdapat dalam tulang ikan masin ini.
2. Karot sederhana besar 1 batang, kupas kulitnya dan dipotong serong 45 darjah dengan ketebalan 10 mm.
3. Terung bulat 2 biji, dipotong 4 (direndam dalam air sebelum mula masak untuk tidak lebam).
4. Hirisan nenas yang telah dikupas dipotong serong 5 keping.
5. Kacang Panjang 5 dipotong lintang dalam ukuran 2 inci.
6. Ubi kentang sederhana besar 5 biji dikupas dan potong 4.
7. Rempah kari Ikan 2 paket kecil (25gm X 2).
8. Santan pekat 2 mangkok.
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMIS DARAT:
1.  Halba campur 1 sudu kecil.
2. Bawang Merah labu sederhana besar dihiris halus.
3. Bawang putih 3 ulas dihiris halus.
4. Halia 1 inci dihiris halus.
5. Daun kari 2 tangkai.
6. Minyak untuk menumis 1 senduk (4 sudu besar).
CARA MEMASAK:
1. Bancuh serbuk kari dengan air 1.5 liter air dalam periok. Hidupkan api dapur dan masukkan tulang talang yang telah basuh, kentang, karot dan terung. Mendidihkan sehingga ubi kentang anda masak.
2. Masukan kacang panjang dan santan. Apabila kari anda mendidih kali pertama, matikan api dapur anda. Rasa kuah anda. Boleh juga masukkan sedikit air asam sekiranya anda tidak gunakan nenas, perasa makanan dan garam sekiranya kuah anda masih rasa tawar tapi awas. Nota: Pisang sayur atau mangga muda juga boleh digunakan didalam kari ini.
3. Panaskan kuali. Masukan minyak. Apabila minyak panas,  masukkan halba campur (awas halba campur boleh hangus dengan cepat). Apabila halba campur keluarkan bau yang harum masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih dan hirisan halia. Apabial bawang mula tukar warna keemasan matikan api dapur. Segera masukkan daun kari. Tentukan proses tumis diberi perhatian dgn tidak hangus. Tuang semua isi tumisan (dengan minyak sekali)  ini ke dalam kuah kari anda. Segera tutup penutup periok supaya wanginya tidak hilang.  Kari tulang ikan talang kari anda telah siap. Selamat menjamu selera. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan