Khamis, 17 Februari 2011

Bubur Arab



Bubur Arab
BAHAN-BAHAN: 

1 mangkuk kecil kacang kuda

1 mangkuk kecil dal

1 mangkuk kecil kacang merah

1 sudu kecil serbuk kunyit

Sedikit lada hitam

1 mangkuk besar tepung gandum

100 gm isi daging ayam

100 gm daging

1 biji telur ayam

2 sudu besar mentega

500 ml air


BAHAN KISAR: 

2 ikat daun ketumbar

2 ikat daun bawang

1 biji bawang besar

1 biji tomato

3 sudu besar pes tomato


CARA MENYEDIAKAN: 

1. Rendam semua jenis kacang  semalaman.

2. Panaskan mentega dan tumis bahan kisar. Masukkan kunyit.

3. Masukkan daging ayam dan daging lembu yang telah dicarik-carik.

4. Masukkan air dan kekacang. Masak hingga lembut.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga hampir pekat.

6. Pecahkan telur dan kacau.

7. Hidang semasa panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan