Rabu, 5 November 2014

kongsi dari facebook

PENGETAHUAN AM
yang patut anda tahu bila nak membeli...dlm bulan 8 ida pernah keluarkan rencana pasal tepung beras..hari ini ida update semula untuk pengetahuan bagi rakan2 ahli yg baru...
Ada pelbagai jenis tepung beras..tapi ida tahu pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni ida akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup

Sabtu, 16 Ogos 2014

ayam golek

https://mail.google.com/mail/u/0/?shva=1&pli=1#inbox/147d7f703c6d3b2b


A) Bahan-bahan untuk perencah ayam :


3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir @ gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan-bahan diatas
Sedikit mentega

Cara-cara :


1. Campur kesemua bahan-bahan diatas dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam @ 3 jam
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 

5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 
6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

B) Bahan-Bahan Untuk Sos Lada Hitam:

Bahan-Bahan :


1 1/2 cawan stok ayam@daging 
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
Sedikit batang salery - dicincang 
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
Garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :


1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didihkan semula.

3. Kemudian masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. 
4. Selepas itu masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.


Kredit blogzakirasli  

Sabtu, 5 Julai 2014

Kurma Lembutkan Daging

Posted: 03 Jul 2014 11:30 PM PDT

Kurma Lembutkan Daging
Bulan puasa ini pasti ramai yang membeli dan menyediakan kurma sebagai santapan sunnah bukan?

Selain mendapat keberkatan apabila memakan kurma sebagai pemula kepada makanan yang lainnya, kurma juga mampu menjadi salah satu petua dapur yang berguna dan anda perlu cuba.

Bagi melembutkan daging, masukkan beberapa biji buah kurma ke dalam masakan.

Hasilnya, daging bukan sahaja lembut tetapi juga lebih enak.
mingguan wanita 

Isnin, 30 Jun 2014

Betapa berkhasiatnya Kacang Buncis

Posted: 28 Jun 2014 10:00 PM PDT


Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekeluarga dengannya.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.
Berdasarkan penelitian, di dalam buncis terkandung zat b-sitosterol dan stigmasterol yang mampu meningkatkan produksi insulin. Insulin sendiri adalah hormon yang dihasilkan secara alamiah oleh pankreas dan berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Apabila pankreas hanya mampu menghasilkan sedikit insulin (atau tidak sama sekali) maka seseorang akan terkena penyakit diabetes mellitus. Dengan demikian, dengan mengkonsumsi buncis, kita juga akan terhindar dari penyakit kencing manis tersebut.
Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
Komposisi  dalam sayuran buncis antara lain: alkaloid, flavonoida, saponin, triterpenoida, steroida, stigmasterin, trigonelin, arginin, asam amino, asparagin, kholina, tanin, fasin (toksalbumin), zat pati, vitamin, dan mineral.
 cikgumawarmerah.blogspot.

Khamis, 12 Jun 2014

GULAI UDANG DAN REBUNG


Posted: 09 Jun 2014 10:30 PM PDT
Assalamualaikum,

Suka atau tidak makan rebung?Hari ni saya ingin berkongsi resepi gulai udang dan rebung ala utara. Ada yang masak resepi ni dengan mencampurkan daging tetel, daging segar tanpa lemak atau tulang lembu. Hari ni saya campurkan dengan udang. Seperti biasa, walaupun cara masakannya sama saja...saya merujuk jumlah bahan-bahannya kepada yang lebih pakar iaitu chef hanieliza dari resepinya gulai rebung dan daging, untuk panduan adik-adik yang baru belajar mencuba resepi ini.

Jom kita lihat resepi :)

GULAI UDANG DAN REBUNG


Bahan-bahan
500 gm rebung hutan kecil - di rebus dan buang rebusan
200 gm udang segar
3 cawan santan 
1 s/b kerisik 
2 keping asam gelugur
3 sudu minyak masak 
garam
1 kiub ikan bilis (saya tambah)

Bahan Tumis
3 sudu besar rempah kari daging 
3 ulas bawang merah  - di tumbuk 
2 ulas bawang putih -di tumbuk
2 cm halia -di tumbuk
1 cm kulit kayu manis
daun kari

Cara
1. Rebung dipotong pendek dan basuh. Rebuskan sehingga agak lembut. Toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

3. Masukkan santan dan rebung dan masak sehingga mendidih.

4. Masukkan garam, kiub pati ikan bilis, asam keping dan udang.
  

5. Perlahan api. Masak sehingga agak pekat dan naik minyak.

5. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.