Khamis, 30 Ogos 2012

Resepi Nasi Arab



Resepinya:
1 ekor ayam
5 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
rempah menumis (kulit kayu manis n the geng)

2 sudu rempah kari + 1 sudu rempah kurma  + 3 sudu sos tomato
(kalau ada perencah bukhari abaikan perencah ibu tu)
1 tin susu cair
kuib ayam
garam secukup rasa.
kismis.

Cara-cara:
Panaskan minyak sapi.
Tumis bahan yang dikisar.
Masukkan rempah menumis
Masukkan bahan-bahan yang dibancuh tadi.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan ayam .
Masukkan susu cair dan air secukupnya.
Biarkan ayam mendidih seketika.
Masukkan beras dan masak macam biasa.
Pastikan nasi dan ayam digaul semasa proses memasak.

Setelah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar.
Hidangkan bersama acar mentah.


Sumber : 4fn1mf-family

Ahad, 12 Ogos 2012


asam pedas

asam pedas ikan temenung atau pelaling

Hidangan tghhari hari ni, simple je...

resepi
bahan2(untuk 6 orang)
1. 6 ekor ikan temenung dibasuh dan direndam sekejap dgn limau nipis/asam jawa/lemon/limau kasturi...untuk hilangkan hanyir.
2. 2 btg bunga kantan, dibelah 2
3. segenggam daun kesum
4. 3 senduk cili kisar (15 bj cili kering, yg telah dikisar bersama 1 labu bwg merah, 1/2 inci halia, sedikit belacan dan 3 ulas bwg putih)
5. timun dipotong
6. tomato dibelah 2@4
7. 2 sudu teh pes asam jawa adabi
8. garam dan gula secukup rasa

cara2
1. panaskan minyak
2. tumis cili kisar dan serai
3. masak hinggal naik baudan cili betul2 masak
4. masukkan 4 cawan air dan asam jawa, didihkan
5. masukkan timun, bunga kantan dan daun kesum
6. perasakan dengan garam dan gula
7. agak2 timun dah masak, masukkan ikan dan tomato, didihkan dlm 3 minit, tutup api..
8. dah siap untuk dihidangkan

Isnin, 6 Februari 2012

Khasiat Labu


Labu Kaya Khasiat

Khasiat labu bukan sekadar terletak pada isu buahnya tetapi juga biji, bunga dan daunnya.

Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini.

Baik Untuk Si Rabun

Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.

Pengat labu enak dimakan untuk minum petang.

Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Pelbagai Khasiat Labu

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.

Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.