Memaparkan catatan dengan label Sumber: SriKasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sumber: SriKasih. Papar semua catatan

Khamis, 24 Februari 2011

Siakap Goreng Mentega

Resepi Siakap Goreng Mentega

BAHAN A:

1. 1 ekor ikan siakap (anggaran berat 650 gram)

2. 1/2 mangkuk kecil tepung ubi

3. 1 mangkuk minyak untuk menggoreng

BAHAN B:

1. 3 biji telur kuning

Bahan C:

2. 1 mangkuk kecil mentega

Bahan D:

3. 5 ulas bawang putih dihiris

4. 1/2 mangkuk helaian daun kari (anggaran 12 helai)

5. 2 sudu teh gula

6. 1/2 sudu teh serbuk perasa

7. 10 biji cili padi

Cara memasak:

Ambil bahan A dan ikan dicuci hingga bersih, belah tengah kepada dua bahagian. Ambil bahagian isi dan potong dadu. Asingkan baki bahagian kepala hingga ke ekor. Lumurkan keseluruhan isi ikan dengan tepung ubi hingga rata. Masukkan minyak dan biarkan sehingga panas, barulah menggoreng. Selepas garing, keluarkan daripada kuali dan toskan.

Kecilkan api, masukkan mentega (bahan C) dan kacau dengan minyak menggoreng sehingga naik aroma. Ambil bahan B iaitu kuning telur yang dipukul rata dan masukkan ke dalam kuali melalui kaedah seperti membuat teh tarik.

Kemudian ambil bahagian D, dan gaulkan sekali dalam kuali. Apabila sekata, angkat dan sira semua bahan menggoreng tadi ke atas ikan bersama minyak mentega. Hiaskan mengikut kesesuaian dan sedia untuk dihidang.

Isnin, 14 Februari 2011

Ikan Siakap Tiga Rasa

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Bagan

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
40 gm cili kering }
1 batang serai – diketuk
10 biji cili padi – diketuk
2 sm halia – dihiris halus
3 helai daun limau purut
3 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
2 sudu air limau nipis
1 cawan tepung jagung
Garam dan gula
Minyak

Cara-cara membuat :

Lumur ikan dengan tepung jagung. Kemudian goreng ikan tersebut hingga garing. Angkat dan hidangkannya di atas pinggan.

Cara-cara membuat sos:

Tumis bahan yang dikisar bersama serai dan halia hingga naik baunya. Kemudian masukkan daun limau, cili padi, sos cili, sos tiram dan air limau. Campurkan sedikit air ke dalam bahan tersebut. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian tunggu hingga ia mendidih. Akhir sekali curahkan sos yang sudah masak ke atas 

Rabu, 9 Februari 2011

Laksa Pahang.

Bahan-bahan:

Ikan kembung - 1 kilogram
Minyak masak - 1 cawan
Garam - secukup rasa
Santan - 3 cawan
Asam keping - 2 keping
Bawang merah: kisar1/2 kilogram
Bawang putih: 1 labu
Serai: 20 batang
Cili: 3 cawan
Serbuk ketumbar - 2 cawan
Udang kering - 1 cawan

Cara-caranya:

# Rebuskan ikan lalu asingkan isi dan tulang. Kemudian kisar isi hingga halus.
# Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga sedikit garing.
# Masukkan serbuk ketumbar, ikan kisar, udang kering dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan pekat.
# Masukkan santan dan garam secukup rasa. Biar kuah mendidih dengan api yang kecil.
# Sedia dihidang bersama mi laksa.

Ahad, 6 Februari 2011

Gulai Kawah Utara

Bahan:
1. Daging lembu (dicincang)
2. Tetel (sisa dan lemak daging)
3. Santan
4. Serbuk kunyit
5. Garam dan serbuk perasa
6. Asam jawa
7. Daun limau purut
8. Bunga lawang

Bahan dikisar:
1. Lada kering
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Ketumbar
5. Jintan manis
6. Kerisik

Cara-cara masak:
Masukkan bahan dikisar dan gorengkan hingga keluar minyak. Masukkan rempah daging, kunyit dan bahan perasa. Kacau hingga rata campuran yang telah digoreng. Masukkan daun limau purut, bunga lawang dan air asam jawa.

Kemudian, masukkan santan dan kacau hingga mendidih. Masak terus hingga pekat kuahnya. Masukkan daging dan tetel ke dalam air mendidih dan rebus hingga empuk.