TIP-TIP MASAKAN: MEMBELI DAN MENYIMPAN AYAM.
Posted by: Mohammad Roslan
Sebelum masak, Ayam sejuk beku (frozen chicken) yang berada dalam simpanan peti sejuk perlu di cairkan (thaw) dalam bahagian dingin peti sejuk. Ketulan ayam boleh dicairkan melalui proses microwave. Tetapi jangan sekali cairkan keseluruhan ayam (whole chicken) dalam microwave. Sekiranya Ayam berat 1.5kg masa cairan adalah 15 jam dan sekiranya 2 kg masa cairan (defrost) ialah 17 jam. Jangan cairkan ayam beku pada suhu bilik (Room Temperature) ia itu membiarkan cair didalam sinki atau pun didapur. Kecairan (deforosting) perlu dilakukan didalam peti sejuk bahagian dingin (refrigerator). Bacteria seperti salmonella akan menjadi sangat aktif apabila tiba-tiba suhu kepanasan berubah tinggi. Perlu ingat disini ayam sejuk beku perlu dicairkan dengan sempurna bila mula memasaknya. Suhu simpanan ayam bagi bilik sejuk (cold room) ialah -15 darjah Celcius, Ikan -18 darjah celsius, Daging segar -5 darjah celcius. Sayuran dedaun +5 darjah celsius. Kepada Katerer yang punyai bilik sejuk beri tumpuan pada suhu dibilek sejuk anda.
Pada kebelakangan ini ramai yang pentingkan makanan kesihatan (Healthy Food) memileh ayam organik sebagai pilihan. Ayam organik selalunya membawa label tersendiri. Adakah ia betul-betul ayam oraganik atau cuma gimik dalam strategi pemasaran terpulang kepada pengguna, kerana di negara kita tidak badan yang tertentu mengawal semua produk makanan organik dan beri pengiktiraran kepada produk organik seperti di negara barat yang maju. Ayam organik ini diternak mengikut keadaan semula jadi dan penting ialah makanan ayam organik adalah bahan organik yang terdiri dari seperti soya bean, Jagung dan lain-lain bijirin yang tanam dengan tanpa baja kimia, racun serangga atau pun lain bahan kimia yang boleh mudaratkan kesihatan manusia.