Memaparkan catatan dengan label Sumber: Resepi iluvislam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sumber: Resepi iluvislam. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mac 2011

Kek Batik

Kek Batik
Bahan-bahannya:

4 biji telur
175g mentega
350g biskut merrie
½ tin susu pekat
¾ gelas serbuk koko
½ gelas milo
¾ gelas air masak

Cara membuatnya:

1)Biskut merrie dipecah empat.

2)Pukul mentega dgn gula hingga kembang.

3)Masukkan koko dan milo dgn ¾ gelas air sejuk.

4)Masukkan ke dalam adunan tadi.

5)Campurkan susu dan kacau rata.

6)Panaskan campuran ini di atas api dan kacau hingga pekat.

7)Apabila sudah pekat, angkat dan sejukkan hingga ia menjadi suam.

8)Masukkan biskut merrie dan kacau rata.

9)Sediakan loyang dan masukkan adunan tadi dan tekan biar mampat.

10) Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangan untuk 9 orang(anggaran je)

Cara-cara mendapatkan bhn2:
Semua bhn2 mudah didapati di kedai2 runcit mahupun supermarket..

Ahad, 20 Mac 2011

Nasi Ayam Serai

Nasi Ayam Serai






NASI
Bahan-bahannya:
- serai 2 batang (diketuk)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk kasar)
- halia (1 inci) - stok nasi ayam Maggie ,5 camca
- 3 cawan beras
- marjerin
Cara-cara:
- basuh beras dan tambahkan air seperti biasa
- letak bahan yg disebutkan
- boleh diletakkan marjerin sikit samada ditumis terlebih dahulu atau terus letakkan sahaja dalam air.
- masakkan nasi

AYAM
Bahan-bahan: 
- ayam yg telah dipotong
- serai 2 batang (diketuk)
- halia (1 inci)
- oyster sauce
- kicap
Cara-cara: 
-bahan-bahan boleh diketuk sahaja atau dikisar halus
-perapkan ayam dengan bahan-bahan untuk satu jam atau lebih.
-gorengkannya.

KICAP
-kuahnya diambil dari perapan ayam tadi
-masakkan ia sebentar dan boleh ditambah kicap dan oyster sauce
-kalau cair tambahkan sedikit gandum.

CILI
Bahan-bahan:
- 5 cili merah
- 2 biji tomato
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- asam jawa (1 kepal)
- gula ( i camca)
Cara-cara:
-masukkan semua bahan dalam pengisar
-letakkan air panas dalam pengisar setakat yg dikehendaki
-setelah dikisar, boleh letakkan 1 camca sos cili untuk rasa yg lebih baik.

SUP 
Bahan-bahan:
- halia 1 inci
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- serai 1 atau 2 batang (diketuk)
- 3 camca stok nasi ayam maggie
- 1 batang kecil kulit kayu manis
- daun bawang (dihiris halus)
- bawang merah (dimayang)
Cara-cara:
- masukkan semua bahan dalam periuk
- sedikit minyak
- masukkan 3 camca stok nasi ayam maggie
- didihkan sehingga naik bau
- letakkan daun bawang dan bawang merah yg telah dimayang.
* hidangan untuk 5 orang ,masakan yg ringkas dan cepat, selamat mencuba!!

Sabtu, 26 Februari 2011

Martabak Jala

Murtabak jala



Bahan-bahan roti jala:
300 g tepung gandum
50 g santan serbuk
2 cawan air
1 biji telur
sedikit perwarna kuning
secubit garam

Bahan-bahan inti murtabak:
300 g daging yg direbus
2 biji bawang besar
4 biji telur
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan2 roti jala dan digaul rata. Masukkan bancuhan tepung ke dalam food mixer dan blend utk mendapatan bancuhan yg rata.
2. Bahan2 inti murtabak disatukan.
3. Panaskan kuali dgn menggunakan api sederhana dan griskan minyak.
4. Gunakan acuan roti jala dan mulalah menjala.
5. Letakkan inti murtabak ke atas roti jala(jgn terlalu byk) dan lipat seperti membuat murtabak.(dilakukan di atas kuali)
6. Masak sehingga inti murtabak betul2 masak.

Hidangan:
4 orang

Bahan-bahan boleh didapati:
Di kedai yang menjual daging halal dan kedai runcit berhampiran.

Selasa, 15 Februari 2011

Ulam Jantung Pisang


Bahan - bahan

tomato- 2 biji
cili api - 4 biji
bawang putih - 2 ulas
cili hijau - 1 biji
bawang besar- 1 labu
air asam jawa - 2 cawan
garam
gula
Cara-cara:
Tumbuk cili api dan bawang putih.
Hiris bawang besar, tomato dan cili hijau.
Satukan semua bahan, tambahkan air asam serta tambahkan garam dan gula

Ahad, 6 Februari 2011

Biskut Aneka Rasa

Bahan-Bahan: 
1 kotak tepung serbaguna 
sedikit tepung kastard 
mentega 
gula kastor 
telur 
esen vanila 
kurma, 
kismis, 
ceri hijau ~ hiris memanjang 
sedikit kuning telur 
Cara: 
1)Pukul mentega bersama dengan gula kastor dan esen vanila.
2)masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
3)Masukkan hirisan kismis,kurma dan ceri ke dalam adunan.
4)masukkan sedikit demi sedikit tepung serbaguna dan tepung kastard.
5)setelah sebati canaikan di atas acuan yang anda gemari.
6)panaskan dalam ketuhar 120C selama 15-20 minit.selamat mencuba!!!