Murtabak jala |
Bahan-bahan roti jala: 300 g tepung gandum 50 g santan serbuk 2 cawan air 1 biji telur sedikit perwarna kuning secubit garam Bahan-bahan inti murtabak: 300 g daging yg direbus 2 biji bawang besar 4 biji telur sedikit serbuk lada hitam garam secukup rasa Cara-cara: 1. Satukan semua bahan2 roti jala dan digaul rata. Masukkan bancuhan tepung ke dalam food mixer dan blend utk mendapatan bancuhan yg rata. 2. Bahan2 inti murtabak disatukan. 3. Panaskan kuali dgn menggunakan api sederhana dan griskan minyak. 4. Gunakan acuan roti jala dan mulalah menjala. 5. Letakkan inti murtabak ke atas roti jala(jgn terlalu byk) dan lipat seperti membuat murtabak.(dilakukan di atas kuali) 6. Masak sehingga inti murtabak betul2 masak. Hidangan: 4 orang Bahan-bahan boleh didapati: Di kedai yang menjual daging halal dan kedai runcit berhampiran. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan