Biskut Kacang Tanah (I) | |||
Bahan-Bahan: | |||
125 gm tepung gandum Secubit garam 60 gm marjerin 45 gm gula halus | 1 biji kuning telur 2 sudu air sejuk ½ sudu esen vanila 30 gm kacang goreng (dibuang kulitnya & ditumbuk sederhana halus) | ||
Cara: | |||
Sediakan dulang pembakar & ketuhar. Griskan dua dulang pembakar. Aturkan tetingkat & panaskan ketuhar hingga 180'c. Sediakan biskut. Remaskan marjerin dengan tepung perlahan-lahan dalam mangkuk adunan. Masukkan gula, kacang tanah lebih halus & gaul rata-rata. Masukkan adunan kuning telur ke dalam campuran tepung. Gaulkan cepat hingga menjadi doh yang pejal. Uli doh perlahan-lahan di atas papan canai yang telah ditabur tepung. Canai pastri setebal 1/8 inci & potong mengikut bentuk yang dikehendaki atau perap bulat yang bersegi. Alihkan biskut ke dalam dulang pembakar. Sapukan permukaan biskut dengan putih telur & taburkan kacang yang kasar di atasnya. Bakar selama 20 minit dengan api yang sederhana atau hingga kuning. Sejukkan & hidangkan dalam pinggan kek atau simpan dalam tin yang kedap udara. | |||
Cadangan Hidangan: |
Khamis, 24 Februari 2011
Biskut Kacang Tanah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan