Khamis, 10 Februari 2011

Laksa Penang.

Ingin membuat laksa Penang? Disini saya berikan 2 petua dari Penang jati juga resepi laksa keluarga saya.Cara cara dan bahan bahan laksa Penang boleh dikatakan semuanya sama,cuma setiap org ada rahsia rahsia tertentu.
Rahsia pertama ; Blend 3 atau 4 biji sengkuang cina masukkan kedlm kuah.Ia utk faktor memaniskan sedikit kuah dan memekatnya.(Petua dari rakan peniaga cina)
Rahsia kedua ; Buat kuah laksa sehari atau 2 hari sebelum memakannya(peram).Kuah laksa boleh disimpan beberapa hari.(utk seminggu simpan didlm peti ais-masak balik nanti).
Bonus ; Utk laksa mentah(kering),rendam dulu didlm air selama lebihkurang 15 minit kemudian baru direbus,baru ia menjadi elok.
Utk resepi kuahnya; Bawang besar 2 biji besar(kalau bawang merah biasa 10 biji),cili kering 15,belacan setengah keping - diblend,masukkan kedlm periuk.1/2 kilo ikan(ikan apa pun boleh).Lepas siang rebus bersama dgn 5 keping asam keping.Selepas itu asingkan isi dgn tulang,hancurkan isi masukkan kedlm periuk tadi.Tulangnya pula di blend dan ditapis airnya kedlm periuk,ulang 2 atau 3 kali.Masukkan bunga kantan 3 atau 4 btg,lengkuas 3,serai,halia 3 ketul,daun cedenhom,asam keping lebih kurang 15 keping(masa rebus kalau masam sgt keluarkan dari kuah),garam,serbuk perasa,nenas 3 atau 4 keping kecil,jgn lupa sengkuang cina tadi.rebuskan semua bahan bahan tadi,air agak agak cukup periuk sedang(resepi ni utk 2 bungkus laksa yg belum di celur).Semua bahan bahan boleh di tambah kurang kan ikut citarasa.Utk hiasan ; Bawang besar-dihiris,cili merah atau cilipadi,daun salad,timun,daun gajus,telur rebus,limau nipis,nenas di potong kecil kecil,daun pudina dan kalau suka boleh bubuh petis(otak udang).
Cubalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan