Jumaat, 4 Februari 2011

Ikan Bakar Sumbat

Ikan Bakar Sumbat

Bahan-Bahan
3 ekor ikan kembung (sederhana besar)
½ biji kelapa parut
daun pisang dan lidi
sedikit minyak

Tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai lada kering (direndam dahulu)
1 inci halia

Perasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Ikan 
Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk semula supaya sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan.
Sapukan sedikit minyak pada ikan. Bungkus ikan dengan daun pisang dan kemaskan dengan lidi.
Bakar sehingga ikan masak kira-kira 15 minit. Ikan siap dihidang. Sesuai dimakan d

Tiada ulasan:

Catat Ulasan