Resepi Ayam Percik Perdana
BAHAN A:
1 ekor ayam (potong 4 buang kulit)
1 kg santan
2 cm halia (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
7 tangkai cili kering (kisar)
2 sudu besar air asam jawa
2 batang serai (ketuk)
Sedikit garam dan gula
BAHAN KISAR:
2 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
2 cm halia
5 batang serai
3 ulas bawang merah
CARA MENYEDIAKAN:
1. Perapkan ayam bersama bahan A (kecuali santan) selama 30 minit.
2. Kemudian bakar ayam sehingga tiga per empat masak.
3. Sementara itu, panaskan santan, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Kacau kuah supaya santan tidak pecah minyak.
5. Apabila santan masak dan pekat, percikkan ke atas ayam bakar tadi dengan serai.
6. Bakar sehingga ayam masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan