Isnin, 28 Februari 2011

Nasi Goreng Sotong Cili Padi

Bahan-bahan:
500gm nasi putih
200gm sotong - dibersih dan dipotong bulat
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu kecil
1-2 camt kicap cair atau kicap pekat
1 camb sos tiram
1 camb sos cili
3 biji telur
garam dan gula secukupnya
minyak

Bahan2 kisar/tumbuk:
2 biji cili merah
6-7 biji cli padi - nak lebih pedas boleh lebihkan
1cm kiub belacan
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:

  • telur digoreng secara scramble dan diketepikan
  • kemudian gorengkan pula sotong sehingga masak, angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak, tumis bawang besar dan bahan2 kisar sehingga wangi dan terbit minyak
  • bubuh kicap, sos tiram, sos cili, garam dan gula secukup rasa
  • kacau 1-2 min kemudian masukkan nasi, telur dan sotong
  • gaul rata kemudian angkat dan hidangkan
note: kalau nak letak sayur pun boleh ikut selera masing2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan