BAHAN-BAHAN:
Tepung Beras 1 kg.
Air Panas lebih kurang 1 1/2 liter.
Garam secukup rasa.
Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).
CARA MEMBUAT:
1. Masukan tepung beras dalam sebuah bekas. Didihkan air dan masukkan garam supaya larut. Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada 3 atau 4 bahagian.
2. Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terbarai apabila sedia masak.
3. Kukus 5-10 minit. Hidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau. Mudah bukan. Selamat mencuba. Masih ada masalah boleh email kat mamak .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan