Khamis, 17 Februari 2011

Ikan Bakar Malim

Bahan2
Ikan mengikut pilihan masing- sy guna ikan siakap

bahan perapan-kisar semuanya
5 helai daun limau purut
3 btg serai
4 inci lengkuas
3 inci halia
3 inci kunyit hidup
10 biji cili kering-ikut suka
sedikit asam jawa,garam

bahan kuah asam
2 sudu cili kisar
2 biji tomato dicincang halus
semangkuk kecil asam jawa
sedikit gula,garam
3 ulas bawang merah dipotong
sedikit minyak utk menumis

bahan utk kuah kicap
5 biji cili padi
3 sudu cili kisar
4 sudu kicap manis
2 sudu kicap masin
1 sudu kicap pekat
sedikit minyak utk menumis

Cara
1. Bahan perapan digaulkan bersama ikan dan bakar ikan hingga masak.
2.Utk membuat pencicah kuah asam;panaskan minyak
3.Tumis semua bahan sehingga naik bau dan garing.
4.Buat langkah sama dgn kuah kicap.
5.Setelah siap hidangkan ikan yg dibakar bersama kuah pencicah yg dimasak tadi.
6.Boleh dihidangkan bersama2 nasi putih,timun mahupun ulam-ulaman.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan