Bahan-Bahan: | |
4 biji telur 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 2 biji cili muda 2 sudu besar serbuk kari | ½ biji kelapa parut ¼ cawan minyak masak 2 sudu besar kicap tomato Garam secukupnya 1 sudu teh air limau nipis |
Cara: | |
Telur direbus keras & kupas. Bawang besar & bawang putih dicincang halus. Cili muda dibelah 2. Serbuk kari dibancuh bersama sedikit air. Kelapa ambil 2 cawan santan. Panaskan minyak & tumiskan bawang-bawang tumbuk tadi sehingga kuning. Masukkan rempah, cili, tomato, kicap, biar garing. Masak menggunakan api sederhana. Masukkan santan, telur & garam. Biarkan sehingga menggelegak. Kecilkan api & masaklah sehingga pekat, (5 minit). Sebelum menghidang, telur dibelah 2 & aturkan di dalam pinggan. Perah air limau nipis ke dalam sos & curahkan sos di atas telur. Hias dengan daun pudina. |
Jumaat, 11 Februari 2011
Kari Telur
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan