Nasi Ayam | |||
Bahan-Bahan: | |||
1 kg beras 500 gm lemak ayam 200 gm bawang merah - dimayang 200 gm bawang besar - dimayang 100 gm bawang putih - diketuk 3 helai daun pandan | 1 ½ liter stok ayam 50 ml minyak bawang putih Sedikit garam Sedikit lada sulah Sedikit gula | ||
Cara: | |||
Cara memasak ayam: 1 ekor ayam (1.6 kg) Didihkan air dan rebus ayam selama 45 minit. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. Potong-potong dan boleh dihidangkan Cara membuat sos cili: 500 gm cili merah 100 gm halia 20 ml lemak/minyak ayam 10 ml jus limau nipis Garam secukupnya Gula secukupnya Campurkan kesemua bahan hingga sebati Cara membuat sos halia: 600 gm halia muda 100 ml minyak ayam Garam secukupnya Gula secukupnya Campurkan kesemua bahan hingga sebati Cara Memasak: Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Setelah naik baunya masukkan lemak ayam dan daun pandan. Masak beras dengan stok ayam berserta dengan bahan-bahan yang telah ditumis. Kemudian masukkan garam, lada sulah dan gula. Masak nasi sehingga tanak. |
Isnin, 21 Februari 2011
Nasi Ayam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan