Khamis, 12 Jun 2014

GULAI UDANG DAN REBUNG


Posted: 09 Jun 2014 10:30 PM PDT
Assalamualaikum,

Suka atau tidak makan rebung?Hari ni saya ingin berkongsi resepi gulai udang dan rebung ala utara. Ada yang masak resepi ni dengan mencampurkan daging tetel, daging segar tanpa lemak atau tulang lembu. Hari ni saya campurkan dengan udang. Seperti biasa, walaupun cara masakannya sama saja...saya merujuk jumlah bahan-bahannya kepada yang lebih pakar iaitu chef hanieliza dari resepinya gulai rebung dan daging, untuk panduan adik-adik yang baru belajar mencuba resepi ini.

Jom kita lihat resepi :)

GULAI UDANG DAN REBUNG


Bahan-bahan
500 gm rebung hutan kecil - di rebus dan buang rebusan
200 gm udang segar
3 cawan santan 
1 s/b kerisik 
2 keping asam gelugur
3 sudu minyak masak 
garam
1 kiub ikan bilis (saya tambah)

Bahan Tumis
3 sudu besar rempah kari daging 
3 ulas bawang merah  - di tumbuk 
2 ulas bawang putih -di tumbuk
2 cm halia -di tumbuk
1 cm kulit kayu manis
daun kari

Cara
1. Rebung dipotong pendek dan basuh. Rebuskan sehingga agak lembut. Toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

3. Masukkan santan dan rebung dan masak sehingga mendidih.

4. Masukkan garam, kiub pati ikan bilis, asam keping dan udang.
  

5. Perlahan api. Masak sehingga agak pekat dan naik minyak.

5. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan