Sabtu, 22 Ogos 2015

LAKSAM


Resepi Orang Kampung 
~LAKSAM~
Anda ada RESDUNG ???
Dapatkan ubat nya ,di sini ➨➨ Rawat Resdung Dalam 7 Hari
3 cawan tepung beras
3 sudu besar rata tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan air suam (mak kata air biasa pun boleh) Saya guna 4 1/2 cawan je
1/2 sk garam
- panaskan air dlm periuk pengukus
- sapu tudung periuk dengan minyak
- satukan semua bahan dan kacau hingga tepung tak berketul. LM bancuh dengan 1 cawan air dulu,bila dah sebati tepung barulah tambah lagi 4 cawan air .
- letakkan tudung periuk dlm periuk kukusan, tuang adunan.. agak2 jgn tebal sangat.
- kukus hingga masak ,adunan nampak mengelembung dan bertukar warna.
-alihkan tudung periuk dan gulung laksam dengan kemas. Saya gelek dengan sudu je. Malas nak pegang dgn tangan 😆
-buat langkah tadi hingga habis adunan. Tak yah basuh tudung periuk . LM guna 3 tudung periuk lain2 size.. dapat 6 gulungan.
Edit :
~pastikan dikukus betul2 masak ye...klu tidak laksam terasa tepungnya 😉. 5-10 minit masa mengukus..
~ biar sejuk sikit sblm gulung..kut panas2 tu kang ade yg cedera jari,,x blh buat biskut raya plak 😂
- gunting/potong laksam untuk dihidang dgn kuah lemak
~KUAH LEMAK~
1 cawan isi ikan rebus (dibuang tulang2)
- ikan segar dibersihkan dan direbus dgn sikit air dan 2 keping asam gelugur. Dah sejuk,asingkn tulang dan isi
4 cawan air (termasuk air rebusan ikan)
1 cawan santan pekat kotak
1 biji bawang besar holland
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia.(kikis kulit)
Garam & gula
1 sudu kecil serbuk lada hitam
~ satukan dalam blender 1 cawan air bersama halia,bwg besar & bawang putih, kisar hingga halus
~ isi ikan ditumbuk lumat. Nak masukkan sekali dalam blender dan blend sama pun boleh
~ masukkan bahan kisar dalam periuk bersama baki 3 cawan air, asam keping dan santan serta ikan. Masak hingga didih,masukkan gula dan garam serta serbuk lada hitam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan