Rabu, 5 Januari 2011

Bubur Lambuk

Bubur Lambuk
Bahan-Bahan
Beras (agak2 jangan terlalu banyak)
Santan [asingkan pati (pekat) & cair]
1/2 sudu teh Halba
Serbuk Lada Hitam
Kentang / karot  - didadukan
Udang kering - diblendkan
Halia sebesar ibujari
Bawang Merah
Daun Bawang
Daun Sup
Udang/Ayam/Daging (fresh)
Garam secukup rasa

Cara-Caranya
1. Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh kembang dan daging empuk.  (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu kerana liat)
2. Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia yang dihiris.
3. Masukkan santan cair dan rebus lagi.
4. Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, udang kering, karot, kentang, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan. Kacau.
5. Sediakan dapur satu lagi.  Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga kekuningan.
6. Angkat bersama-sama sedikit minyak (jangan terlalu banyak nanti berminyak sangat) dan masuk kedalam periok bubur tadi.  Masukkan daun bawang /sup yang dihiris.  Kacau.

Selasa, 4 Januari 2011

Acuan roti jala

Membuat Roti Jala

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

450g tepung gandum

1 camt garam

1/2 camt serbuk kunyit

450 ml susu segar

3 biji telur (di pukul sedikit )

450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )

2 camb mentega cair

minyak untuk melenser

acuan roti jala

Cara-cara

Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.

Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.

Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.

Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.

Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.


 

Isnin, 3 Januari 2011

MESIN KUIH SIPUT

kuih siput

Bahan-Bahan:
4 cawan tepung gandum
4 cawan udang kering
1 sudu ketumbar
½ biji kelapa
4 cawan minyak
3 biji bawang merah
1 sudu jintan manis
1 sudu jintah putih
2 sudu lada sulah
Sedikit garam dan ajinomoto
Cara:
Semua bahan di tumbuk halus kemudian di gaul dengan tepung. Panaskan minyak anggaran 2 cawan, kemudian gaulkan dengan tepung hingga rata. Masukkan santan kemudian uli sampai lembut dan tekan ke atas acuan kemudian gorengkan hingga masak dan kuning.

Nasi Lemak

Ahad, 2 Januari 2011

Nasi Dagang

Nasi Dagang

Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
  1.. Didihkan air didalam periuk kukusan
  2.. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
  3.. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
  4.. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
  5.. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
  6.. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
  7.. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

 Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.