Ahad, 9 Ogos 2015

tumpang sekaki



Kuah Rojak
gambar kuah rojak ini telah dibuat oleh Anna Syed rakan fb saya...beliau adalah org yang pertama yg membuat resepi kuah rojak ini...tahniah anna..menjadi!!
1/2 cawan cili sos (life brand)
1/2 cawantomato sos
1/2 cawan kicap
20 biji cili padi-diblend / 2 camca cili kering mesin
1/2 cawan gula
1 cawan gula merah
3 camca belacan dibahagi 2- separuh dibakar dan separuh tidak
2 sudu pes otak udang (jika suka)
1/2 cawan air
5 sudu bijan-digoreng tanpa minyak-sangai
Kacang tanah goreng tanpa minyak & ditumbuk kasar**- lagi banyak lagi best
1. Masak kesemua bahan (kecuali **) atas api sambil dikacau hingga mendidih
2. Bila agak pekat, masukkan bijan dan kacang tanah, angkat
3. Hidangkan bersama buah2an & sayuran yg disukai spt mangga muda, nanas, sengkuang dan mentimun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan