Ahad, 15 September 2013

Khasiat Mangga – Bukan Sekadar Sedap

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (al-An’aam [6]: 99)
Di dalam ayat-ayat Al-Qur`an, Allah menyuruh manusia supaya memperhatikan keberagaman dan keindahan disertai seruan agar merenungkan ciptaan-ciptaan-Nya yang amat menakjubkan.

Al-Qur`an menyebutkan sejumlah buah-buahan yang oleh ilmu pengetahuan modern ditegaskan memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Antaranya adalah kurma, anggur, zaitun, tin, dan delima.
Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang memberikan manfaat pada tubuh manusia dalam berbagai cara, juga enak rasanya seperti buah mangga.




Mangga merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di kawasan Asia. Secara ilmiah ia dikenal dengan nama Mangifera Indica dan digolongkan ke dalam kelompok suku Anacardiceae. Pohon dari tanaman mangga berupa kayu dengan ketinggian batang yang mampu mencapai angka maksimal 40 meter.

iuvislam
Jus mangga, jus yang digemari ramai

Secara tradisional, tanaman mangga boleh digunakan untuk mengubati luka dan dapat digunakan untuk merawat infeksi yang disebabkan oleh bakteria. Apabila seseorang mengalami luka, maka daun mangga diambil lalu dikemam dan diletakkan pada luka tersebut. Bagi individu yang mengalami ulcer pada bagian perut, tanaman ini juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit tersebut.

Ini terbukti dengan kajian secara saintifik di mana para saintis mengisolasi struktur antibakteria yang boleh membunuh bakteria dan struktur antiinflamasi yang dapat menyembuhkan luka. Disamping itu, para saintis juga dapat mengisolasi struktur antiulcerogenic pada tanaman tersebut yang dapat menyembuhkan ulcer pada perut.

Secara saintifik, tanaman mangga mengandung vitamin C, vitamin A, vitamin B6, vitamin E, pektin, fosfor, kalium, magnesium, astragalin, betakaroten, quercetin yang sangat diperlukan oleh tubuh. Berkat kekayaan komponen, mangga mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan badan.
Malah sehingga kini, para saintis masih lagi mengkaji dan merungkai 1001 khasiat dari buah mangga. Antara khasiat yang ditemui adalah:

 1. Mencegah kanser

Buah mangga mengandung komponen antioksidan seperti quercetin, astragalin, isoquercitrin, fisetin, asam galat, dan methylgallat. Kandungan antioksidan tersebut dapat membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser. Kanser yang lazim adalah seperti kanser usus, prostate, leukimia, dan payudara.  Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok, dan sebagainya.

 2. Menurunkan kadar kolestrol

Buah mangga yang berwarna kuning ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, Secara tidak langsung, mencegah dari penyakit obesiti.

 3Menyihatkan Mata

Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.

4. Membantu pencernaan dalam tubuh

Mangga memiliki peranan penting dalam menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan. Mangga membantu masalah pencernaan enzim secara semulajadi. Bahan aktif dalam mangga seperti ester, terpene dan aldehida berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan

5. Mencegah strok

Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk meningkatkan keteraturan tekanan jantung dan membantu untuk otot berfungsi dengan baik. Pengambilan kalium yang memadai akan menyebabkan  tekanan darah menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.
iluvislam
Sedap dan berkhasiat

6. Menyihatkan otak dan meningkatkan daya memori

Mangga kaya dengan vitamin. Sebagaimana banyaknya kandungan vitamin C, mangga juga mempunyai  vitamin B-6 yang sangat penting untuk mempertahankan dan meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan neurotransmitter utama yang memberikan kontribusi dalam menentukan keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam Glutamin di mangga mampu meningkatkan konsentrasi dan daya memori.

7. Menghaluskan kulit

Buah yang memiliki rasa manis asam ini ternyata juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu memaksa sel-sel kulit untuk kembali atau melakukan proses regenerasi lebih cepat dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Kulit akan lebih halus dan sihat.

 8. Melegakan panas dalam

Mangga juga berfungsi sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor  dan biasanya di sebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor faktor lain, seperti : kekurangan vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam lebih cepat.
i love islam
http://www.blogger.com


Khamis, 30 Ogos 2012

Resepi Nasi Arab



Resepinya:
1 ekor ayam
5 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
rempah menumis (kulit kayu manis n the geng)

2 sudu rempah kari + 1 sudu rempah kurma  + 3 sudu sos tomato
(kalau ada perencah bukhari abaikan perencah ibu tu)
1 tin susu cair
kuib ayam
garam secukup rasa.
kismis.

Cara-cara:
Panaskan minyak sapi.
Tumis bahan yang dikisar.
Masukkan rempah menumis
Masukkan bahan-bahan yang dibancuh tadi.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan ayam .
Masukkan susu cair dan air secukupnya.
Biarkan ayam mendidih seketika.
Masukkan beras dan masak macam biasa.
Pastikan nasi dan ayam digaul semasa proses memasak.

Setelah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar.
Hidangkan bersama acar mentah.


Sumber : 4fn1mf-family

Ahad, 12 Ogos 2012


asam pedas

asam pedas ikan temenung atau pelaling

Hidangan tghhari hari ni, simple je...

resepi
bahan2(untuk 6 orang)
1. 6 ekor ikan temenung dibasuh dan direndam sekejap dgn limau nipis/asam jawa/lemon/limau kasturi...untuk hilangkan hanyir.
2. 2 btg bunga kantan, dibelah 2
3. segenggam daun kesum
4. 3 senduk cili kisar (15 bj cili kering, yg telah dikisar bersama 1 labu bwg merah, 1/2 inci halia, sedikit belacan dan 3 ulas bwg putih)
5. timun dipotong
6. tomato dibelah 2@4
7. 2 sudu teh pes asam jawa adabi
8. garam dan gula secukup rasa

cara2
1. panaskan minyak
2. tumis cili kisar dan serai
3. masak hinggal naik baudan cili betul2 masak
4. masukkan 4 cawan air dan asam jawa, didihkan
5. masukkan timun, bunga kantan dan daun kesum
6. perasakan dengan garam dan gula
7. agak2 timun dah masak, masukkan ikan dan tomato, didihkan dlm 3 minit, tutup api..
8. dah siap untuk dihidangkan

Isnin, 6 Februari 2012

Khasiat Labu


Labu Kaya Khasiat

Khasiat labu bukan sekadar terletak pada isu buahnya tetapi juga biji, bunga dan daunnya.

Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini.

Baik Untuk Si Rabun

Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.

Pengat labu enak dimakan untuk minum petang.

Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Pelbagai Khasiat Labu

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.

Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.