Isnin, 17 Januari 2011

Nasi Arab

Bahan

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam
Bahan 
tumis 5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
Cara
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak. 
  2. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. 
  4. Kacau rata. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. 
  5. Biarkan mendideh. 
  6. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa. 
  7. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. 
  8. Tutup sebentar.
  9. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan