Isnin, 17 Januari 2011

PEMAKANAN BERPANDUKAN PIRAMID

Pemakanan Berpandukan Piramid
Aras 3 : Daging , Ayam , Ikan dan Kekacang.
Piramid makanan ini kaya dengan protein , vitamin B , zat besi , zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu adalah susu , keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein , kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D . Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
(  Makan Dengan Sederhana 1-2 Sajian ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan