Pemakanan Berpandukan Piramid
Bijirin , Hasil Bijirin dan Ubi-ubian.
Aras 1 Piramid makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks , yang merupakan sumber tenaga yang utama , Makanan ini juga membekalkan vitamin , mineral , serat dan sedikit protein . Di dalam setiap hidangan ,makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi makanan ini adalah nasi , bubur , mee , meehun , roti , pasta , bijirin sarapan , capati , thosai , biskut dan ubi keledek , keladi dan kentang.
Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang , tepung gandum mil penuh atau tepung atta , dan roti atau biskut mil penuh.
( Makan Paling Banyak 8-12 Sajian ).
( Makan Paling Banyak 8-12 Sajian ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan