Rabu, 12 Januari 2011

Petua Mengelak Keracunan Makanan

·         Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan.
·         Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih.
·         Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak.
·         Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk.
·         Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan